Wednesday, 1 August 2018

PROGRAM USRAH JULAI 2018

Program Usrah dilaksanakan pada setiap Selasa iaitu semasa waktu rehat. Aktiviti ini dilaksanakan selama 30 minit iaitu antara 9.40 hingga 10.10 pagi bertempat di surau sekolah. Program ini melibatkan beberapa kumpulan kecil pelajar dan diketuai oleh seorang mentor dalam kalangan pelajar sendiri. Setiap perjumpaan menekankan topik khusus bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Tarikh: 24 Julai 2018
Topik: Beradab kepada Ibu bapa





Tarikh: 30 Julai 2018
Topik: Adab Makan



Tuesday, 3 July 2018

BACAAN YASSIN: 29 JUN 2018

Bacaan surah Yassin dilaksanakan secara beramai-ramai pada Jumaat baru-baru ini. Seperti kebiasaan, program ini akan dilaksanakan sebelum jam 7.00 pagi iaitu sebelum waktu PdP sebenar bermula. Bacaan Yassin ini diketuai oleh Ust Mohd Faridie Bin Ibrahim dan disertai oleh beberapa orang guru. Semoga semua urusan dan aktiviti kita pada Semester II ini, berjalan dengan baik dalam rahmat, perlindungan dan kemudahan daripada-Nya.









PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA PPD

Pada 3 Jun 2018 yang lepas, alhamdulillah, Surau Nurul Iman mendapat kunjungan daripada PPD Kota Marudu iaitu rombongan Pegawai Pendidikan Daerah, En. Akdan @ Datu Akdan Bin Datu Basren @ Basran, bersama-sama dengan Ust Zainal Aliuddin selaku Ketua Unit Pendidikan Islam dan beberapa wakil lain, untuk program berbuka puasa dengan warga SMK Kota Marudu II pada tahun ini.


Pegawai PPD (tengah) duduk bersama-sama Tn. Haji Marmoh Bin Kasman, Pengetua SMK Kota Marudu II dengan tetamu/jemputan lain semasa menunggu waktu berbuka puasa.


Pengerusi PIBG SMK Kota Marudu II, Tn. Niol (tepi kiri ) kelihatan turut serta dalam majlis tersebut bersama-sama dengan tetamu/jemputan lain.


 
Antara warga muslimah SMK Kota Marudu II yang turut serta berbuka puasa bersama-sama.



Solat Maghrib dilaksanakan secara berjemaah selepas berbuka puasa.









Para hadirin tekun mendengar ucapan daripada Pegawai PPD, En. Datu Akdan seusai 
solat Maghrib secara berjemaah.



Terima kasih setulus ikhlas kepada semua pihak, terutamanya pihak PPD Kota Marudu atas kelapangan untuk bersama-sama dalam program berbuka puasa kali ini. Semoga ukhuwah yang dijalinkan ini semakin erat dan kukuh.



Thursday, 3 May 2018

BACAAN SURAH YASIN DAN SOLAT DHUHA 4 MEI 2018


SURAU NURUL IMAN  04 Mei 2018 (Jumaat), menjadi rutin Jumaat Pelajar muslim SMK Kota Marudu II untuk membaca Surah Yasin dan baru-baru ini diselitkan juga Solat Dhuha.


 Sebahagian daripada pelajar lelaki. Bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Adik Azrul.


 Semoga doa-doa golongan pelajar ini dimakbulkan. Kelihatan Cikgu Asraf dalam kalangan pelajar.
Di bahagian muslimah, pelajar dan guru.
Solat Dhuha yang diimamkan oleh Adik Datu Rashidi Datu Rashid.

Thursday, 12 April 2018

BACAAN SURAH YASIN MINGGUAN

BACAAN SURAH YASIN MINGGUAN 13 APRIL 2018

Mari lihat suasana pagi Jumaat di Surau Nurul Iman...






Kehadiran muslimah di anjung belakang

Kehadiran mulimin di anjung depan


BACAAN SURAH YASIN MINGGUAN

BACAAN SURAH YASIN MINGGUAN 06 APRIL 2018 
KALI PERTAMA

Surau Nurul Iman SMK  Kota Marudu II buat pertama kalinya menjadi lokasi bacaan Yasin Mingguan SMK Kota Marudu II setelah lebih setahun aktiviti ini diadakan di Dewan Perdana SMK Kota Marudu II. Aktiviti Bacaan Yasin Mingguan ini telah bermula   semenjak awal tahun 2017, namun diadakan di dewan perdana atas faktor-faktor kapasiti surau dan untuk proses memupuk rutin hari Jumaat pelajar SMK Kota Marudu II. 
            Bermula 06 April, aktiviti akan diadakan di Surau Nurul Iman pada setiap hari Jumaat jam 6.30 pagi.
        

Mari lihat warna-warni Bacaan Yasin Mingguan kali pertama di Surau Nurul Iman..







Kelihatan PK Pentadbiran dan PK Kokum dalam kalangan pelajar.


Antara Guru Wanita yang hadir dan sempat dipegunkan dalam memori Surau Nurul Iman 2018

 PK Hem memberikan sedikit amanat dan rancangan untuk mengerjakan solat Dhuha pada masa akan datang.




Pergerakan keluar dan pengesahan kehadiran pelajar




Biar kasut memberi manfaat,
menjadi lapik menuju surau,
bila umat mencari rahmat,
sepotong ayat imarahkan surau.

Salam imarah surau, Salam dakwah 

Thursday, 5 April 2018

PENILAIAN PPD KOTA MARUDU BAGI PROGRAM IMARAH SURAU

5 APRIL 2018 (KHAMIS) - SURAU NURUL IMAN, SMK KOTA MARUDU II
           Surau Nurul Iman SMK Kota Marudu II, menerima kunjungan penilaian daripada Ustaz Zainal, Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Kota Marudu untuk membuat penilaian bagi program Imarah Surau 2018.
 
Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengusaha Kantin menyambut kehadiran Penilai dari PPD Kota Marudu.

Ketibaan penilai ke Surau Nurul Iman, PDPC sedang berlangsung di bawah pemudahcara Ustazah Norazati.
                                            Tinjauan ke Perpustakaan Surau Nurul Iman
Pengerusi PIBG SMK Kota Marudu II giat memberikan idea-idea keceriaan.

Figura penting dalam keceriaan surau, PK HEM
Diskusi bersama penilai untuk penambahbaikan 


Santai seusai penilaian di anjung belakang surau.

Figura penting keletihan, PK Pentadbiran.

Figura-figura penting dalam peningkatan keceriaan surau, PK Kokum dan En. Ehzatulawlia.

\
Figura penting pengerak PIBG walaupun berlainan agama, tetap memberikan komitmen, En. Niol YDP PIBG SMK Kota Marudu II 2018.

Srikandi utama, orang kuat di sebalik aktiviti surau dan pelajar-pelajar muslim. Ustazah Dayang Bahyia dan Ustazah Norazati.

Sebahagian warga SMK Kota Marudu II yang turut menyambut penilai.

Diskusi akhir bagi memantapkan lagi program imarah surau

Selamat jalan penilai, semoga penilaian ini akan menjadi pemangkin untuk warga Surau Nurul Iman lebih berdakwah dan mengimarahkan surau.



Pesanan admin 2, Nantikan post "Jom Lawatmaya Surau Nurul Iman"...